KEJOHANAN
MERENTAS DESA
MSSD KINTA SELATAN 2017
|
|
ANJURAN BERSAMA
PPD
KINTA SELATAN DAN SK SENTOSA, KAMPAR
PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA
MSSD KINTA SELATAN 2017
1.0 NAMA
KEJOHANAN
Kejohanan Merentas
Desa Majlis Sukan Sekolah Daerah Kinta Selatan Tahun 2017
2.0 PENGELOLA
KEJOHANAN
SK Sentosa, Kampar
3.0 TARIKH
DAN MASA
Tarikh : 11 Februari 2017,
Masa
: 8.00 pagi (Sekolah Rendah)
Tempat : SK Malim Nawar
4.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
KEJOHANAN
ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia
(KOAM),
Peraturan – Peraturan AM Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM),
Peraturan
Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan
Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPk).
5.0 JENIS
PERTANDINGAN / KATEGORI / JARAK LALUAN
5.1 Pertandingan akan dijalankan secara
Individu dan Berpasukan
5.2 Kumpulan Umur dan
Kategori adalah seperti berikut:
Kategori Peringkat Umur Jarak
a. Lelaki bawah 12 tahun 4 km
b. Perempuan bawah 12 tahun 4 km
6.0 PENGESAHAN
PESERTA – PESERTA / TURUTAN KEJOHANAN
6.1 HARI KEJOHANAN
6.1.1 Melaporkan diri
6.1.1.1
Melapor diri dan sesi Pengesahan penyertaan yang akan dilakukan oleh
Jawatankuasa
Pertandingan dengan menyemak
senarai nama peserta sekolah masing-masing berdasarkan
pendaftaran online.
6.2 PERTANDINGAN
6.2.1
Pertandingan
6.2.2 Penyampaian Hadiah
6.2.3
Bersurai
7
PENDAFTARAN PESERTA
7.1 Setiap
peserta yang didaftarkan hendaklah Warga Negara Malaysia dengan 6 peserta bagi
setiap kategori (Sekolah Menengah). 4 peserta
bagi setiap kategori (Sekolah Rendah)
7.2 Pendaftaran peserta hendaklah
dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh
Jawatankuasa Pengelola.
7.3 Borang Pendaftaran. Tarikh 9
Februari 2017.
7.3 Sebarang PERTANYAN sila hubungi;
a.
En.Varatharajoo (PTPS)
(0165619165)
b.
En. Saiful
Azhar bin Shaari (0165400023)
c.
En. Mohd. Shahril Nizam bin Abd. Rashid (0129005617)
8.0 PENETAPAN
PUNGUTAN MATA BAGI BERPASUKAN
8.1
Daripada
4 peserta yang berlari prestasi / pencapaian terbaik 3 orang peserta yang
menamatkan larian akan diambil kira untuk
menentukan kedudukan pasukan. (Sekolah
Rendah)
8.2 Pasukan yang mendapat agreget terendah
akan diisytiharkan sebagai pemenang.
8.3 Jika berlaku seri penamat yang keempat
bagi (Sek. Rendah).
9.0 PENENTUAN
JUARA KESELURUHAN
9.1 Juara keseluruhan merentas desa
adalah berdasarkan kepada jumlah agreget yang terendah dikumpulkan daripada dua
kategori (Sekolah Rendah).
9.2 Jika berlaku seri, pasukan
yang mendapat bilangan Johan berpasukan yang terbanyak akan
dikira sebagai pemenang.
9.3 Jika berlaku seri juga,
tempat kedua dan berikutnya akan diambil kira sebagai pemenang.
10.0 HADIAH –
HADIAH
10.1
Bagi acara Individu
10.1.1
Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke sepuluh bagi setiap
kategori.
10.2 Bagi acara berpasukan
a.
Kategori L 12 : Johan, Naib Johan, dan Ketiga,
b.
Kategori P 12 : Johan, Naib Johan, dan Ketiga,
10.3
Piala
kejohanan akan diberikan kepada kontinjen yang menjadi Johan Keseluruhan
11 NOMBOR
PESERTA
11.1
Setiap peserta hendaklah memakai nombor pengenalan mengikut ketetapan sekolah masing-
masing dibahagian hadapan dan belakang
badan dan hendaklah disematkan pin pada
keempat-empat sudut kain dan ukuran
nombor tinggi 12cm lebar 1.5 cm.
11.2
Penetapan nombor adalah seperti berikut:
Kategori Warna Catatan
a.
L 12 thn Oren ( Tulisan hitam ) Kategori 12
thn olahraga daerah
b.
P 12 thn Hijau ( Tulisan hitam ) Kategori 12
thn olahraga daerah
12.0
MELAPORKAN DIRI PESERTA
12.1Semua peserta mesti melaporkan diri
sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan
berlangsung
12.2Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan
nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru
di baju lari masing-masing
13.0MEMANASKAN
BADAN
Peserta-peserta hanya dibenarkan
memanaskan badan di tempat yang ditentukan
14.0PAKAIAN
14.1
Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan kemas serta berkasut sewaktu mengambil bahagian
dan pada majlis penyampaian hadiah
14.2
Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok mata
15.0 BANTAHAN
Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut
Peraturan 147 KOAM, kecuali perkara berikut :
15.1 Segala masalah berkaitan dengan
kelayakan (status) seseorang peserta yang tidak
dapat diselesaikan dengan
memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta
tersebut boleh mengambil bahagian
di bawah bantahan ( under protest ) dan perkara
tersebut
akan dikemukakan kepada MSS Perak kelak.
15.2 Bantahan berhubung dengan
acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan
dengan serta merta dan tidak
lewat daripada
15.2.1 Lima belas ( 15 ) minit setelah
keputusan rasmi diumumkan
15.2.2 Sebarang bantahan bertulis kepada
Juri Rayuan mesti disertai dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia :
Dua Ratus sahaja)
16.0 HAK – HAK
JAWATANKUASA PENGELOLA
16.1
Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang
ditetapkan,tetapi
Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan
Pengerusi Teknik dan Pembangunan Merentas
Desa MSSD kinta Selatan, berhak meminda
susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku
pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan
akan diberitahu.
16.2
Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam
Undang-Undang Olahraga KOM terkini,
Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-
Peraturan Pertandingan Kejohanan
Merentas Desa MSSPk. Termasuk TIDAK
MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga
asing dalam kejohanan ini.
17.0 Yuran
Pendaftaran
17.1
Sekolah Rendah RM30.00 setiap kategori
17.2
Yuran mestilah di bayar kepada pihak penganjur sebelum atau semasa kejohanan.
Bayaran dibuat Ke SK Sentosa,
Tunai atau bayaran cek atas nama:
PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU SEK SENTOSA
No. Akaun MAYBANK: 508047116438
18.0 HAL – HAL LAIN
18.1 Tepat-tempat
khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.
18.2 Selain daripada
Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil
bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN
MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.
18.3 Jawatankuasa
tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan
anggota badan / harta benda / sebarang kecederaan lain berlaku:
18.3.1 Semasa perjalanan pergi dan
balik dari penginapan ke tempat pertandingan
18.3.2 Semasa kejohanan dijalankan
18.3.3 Di dalam dan di luar kawasan
pertandingan
18.3.4 Di tempat-tempat kejohanan
18.3.5 Walau bagaimanapun, pihak
Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan
dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.
19.0 Nombor Peserta. Rujuk lampiran 1
20.0 Peta trek merentas desa. Rujuk lampiran 2
########################################################################