MESYUARAT PENYELARASAN MERENTAS DESA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KINTA SELATAN TAHUN 2017
Tarikh : 2
Februari 2017
Masa : 2:30 Tengahari
Tempat : Bilik Gerakan Sk.
Sentosa, Kampar
Kehadiran : Rujuk Lampiran
Agenda :
1.
Ucapan Pengerusi
2.
Ucapan Pengerusi Teknik dan
Pembangunann Sukan.(PTPS)
3.
Taklimat penyelarasan
pertandingan/kejohanan
4.
Hal-hal-lain
5.
Penangguhan
1. Perutusan
Pengerusi
1.1 Guru Besar Sk. Sentosa memberi kata-kata aluan
dan ucapan selamat datang kepada semua
wakil daripada sekolah-sekolah daerah Kinta Selatan.
wakil daripada sekolah-sekolah daerah Kinta Selatan.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kerana sudi
hadir dan mengharapkan agar mesyuarat
berjalan lancar.
berjalan lancar.
1.3 Beliau
juga meminta maaf kerana terpaksa minta diri dan izin untuk keluar kerana
mempunyai urusan lain.
mempunyai urusan lain.
2. Ucapan
Pengerusi Teknik dan Pembangunann Sukan.(PTPS)
2.1 En. Varatharajoo(PTPS)
daerah mengucapkan selamta datang kepada semua yang hadir.
2.2 Beliau memaklumkan tarikh bagi Kejohanan
Merentas Desa MSSD Kinta Selatan 2017 akan di adakan pada:
Tarikh : 11 Februari 2017
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Sk. Malim Nawar
2.3 Beliau berharap semua
sekolah memberi kerjasama kerana penyertaan adalah wajib.
3.
Taklimat penyelarasan pertandingan/kejohanan
3.1 En. Varatharajoo menerangkan
undang-undang/peraturan-peraturan merentas desa adalah sama seperti tahun-tahun
sebelum ini.
3.2 Memaklumkan yuran penyertaan adalah sebanyak RM30.00 untuk setiap kategori. dibayar
kepada PIBG Sek Keb, Sentosa dalam
bentuk cek atau tunai.
3.3 Beliau menyatakan pendaftaran mestilah dibuat seberapa segera
untuk kelancaran kejohanan dan boleh berhubung dengan pihak tuan rumah kejohanan.
3.4 Penerangan tentang undang-undang pertandingan,penentuan
kejuaraan, nombor peserta adalah
seperti yang terdapat pada edaran yang telah diberi.
3.5 Penolong kanan .Kokurikulum Sk. Sentosa En. Saiful menjawab
pertanyaan berkenaan nombor peserta iaitu kain tidak semestinya berwarna oren
tetapi yang penting adalah nombor mestilah berwarna hitam dan setiap murid
perlu mempunyai nombor peserta.
3.6
Beliau juga berharap semua peserta berpakaian yang sesuai dan
melapor diri pada setengah jam awal dari masa yang telah di tetapkan untuk
tujuan pemanasan badan.
3.7 Beliau juga menerangkan pelan lokasi merentas desa di paparan
lcd dan merujuk edaran yang diberikan.
3.8
Wakil Sk. Gopeng Jalan Ilmu mencadangkan supaya meletak tali
di kawasan lombong yang berisiko dan menanyakan adakah tempat-tempat di mana
murid boleh memintas di laluan yang tidak dibenarkan.
3.9
PTPS menerangkan murid
akan diberikan gelang untuk pengesahan dan kawasan yang
berisiko akan diberi perhatian oleh pihak tuan rumah.
3.10 Pk Kokurikulum Sk. Bukit
Pekan bertanya adakah boleh menghantar lebih peserta pertandingan dan ada yang
bertanya bolehkah menghantar peserta
warga Indonesia.
3.11 PTPS menjawab tidak boleh kecuali semua
sekolah bersetuju manakala tidak boleh jika murid bukan warga kerana syarat pertandingan
menetapkan mestilah warganegara
Malaysia.
3.11 Wakil Sk.Gopeng Jlan Ilmu
bertanya apakan yang peserta akan dapat untuk bayaran pendaftaran Rm 30.00.
3.12 En. Saiful menjawab peserta akan diberikan
sarapan pagi iaitu roti san air kotak semasa pendaftaran dan untuk murid juga
disediakan selepas pertandingan.
3.13
Segala peraturan boleh rujuk
4.
Hal-hal lain
4.1 Wakil SK.Ulu Geruntum bertanya bolehkan yuran
dibayar secara tunai dan wakil SK. Kuala Dipang bertanya bilakah tarikh akhir
menyerahkan borang penyertaan.
4.2
En.Saiful Sentosa menjawab boleh
dan selewat-lewatnya pada hari kejohanan.
4.3
Wakil SK. Bukit Pekan mencadangkan agar yuran dan borang penyertaan
diserahkan lebih awal agar tidak berlaku kesesakan pada hari kejohanan.
4.4 En. Saiful bersetuju dengan cadangan itu tetapi memberi kelonggaran
kepada sekolah- sekolah yang jauh.
4.5 PTPS berharap prestasi pada tahun ini lebih baik daripada sebelumnya dan
berharap sekolah dapat menghantar peserta yang terbaik.
4.6
Beliau juga memaklumkan peserta lelaki bawah 12 tahun, pada tahun lalu
mendapat tempat ketiga peringkat negeri Perak.
4.7 Wakil SK Malim Nawar bertanya berapa cacatan
masa bagi johan L12 tahun lepas.
4.8
PTPS tidak dapat menjawab dengan tepat kerana tidak terlibat pada tahun
lepas.
4.9 PTPS juga memberitahu sekiranya
berlaku kecemasan pada hari kejohanan bolehlah segera memaklumkan kepada pihak
penganjur untuk tindakan lanjut.
4.10 Beliau juga menginngatkan agar guru memberi peringatan kepada murid
dari segi keselamatan diri.
4.11
Taklimat keselamatan akan diberi pada hari kejohanan tetapi sesi pemanasan badan adalah oleh
sekolah masing-masing.
4.12
PTPS juga menyatakan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini
contohnya hujan lebat pada hari kejohanan, ianya akan di putuskan pada hari
kejohanan berdasarkan perbincangan daripada urusetia pertandingan.
5 Penangguhan
5.1 En.Saiful mengucapkan
ribuan terima kasih kepada PTPS En.Varatharajoo di atas penerangan dan taklimat
yang disampaikan.
5.2 Beliau juga mengharapkan
kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam kejohanan ini khususnya dari
aspek pendaftaran dan yuran agar pihak penganjur dapat membuat persiapan awal
agar melancarkan urusan.
5.3 Beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih
kepada semua yang hadir mesyuarat pada hari ini dan mesyuarat di tangguhkan
pada pukul 3:30 petang.
Di sediakan oleh :
Mohd Syahril Nizam bin
Abdul Rashid
Setiausaha Kejohanan
Merentas Desa MSSD
Kinta Selatan
2017
Slotyro Casino (Brosville, MS) - Mapyro
ReplyDeleteFind parking costs, 대구광역 출장마사지 opening 춘천 출장안마 hours and a parking 사천 출장마사지 map of 광양 출장샵 Slotyro Casino (Brosville, 나주 출장샵 MS).