Wednesday, 10 January 2018

kertas konsep merentas desa 2018












ANJURAN BERSAMA
PPD KINTA SELATAN DAN SK SENTOSA, KAMPAR

PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA
MSSD KINTA SELATAN 2018

1.0 NAMA KEJOHANAN
Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Daerah Kinta Selatan Tahun 2018

2.0 PENGELOLA KEJOHANAN
        SK Sentosa, Kampar
3.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh         : 27 Januari 2018, (Sabtu)
        Masa          : 8.00 pagi (Sekolah Rendah)
       Tempat       : SK Malim Nawar

4.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
KEJOHANAN ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia   
(KOAM), Peraturan – Peraturan AM Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), 
Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPk).

5.0 JENIS PERTANDINGAN / KATEGORI / JARAK LALUAN
       5.1 Pertandingan akan dijalankan secara Individu dan Berpasukan
5.2 Kumpulan Umur dan Kategori adalah seperti berikut:
            Kategori Peringkat Umur Jarak
            a. Lelaki bawah 12 tahun 4 km
            b. Perempuan bawah 12 tahun 4 km

6.0 PENGESAHAN PESERTA – PESERTA / TURUTAN KEJOHANAN

6.1 HARI KEJOHANAN
6.1.1     Melaporkan diri
6.1.1.1 Melapor diri dan sesi Pengesahan penyertaan yang akan dilakukan oleh Jawatankuasa   
            Pertandingan dengan menyemak senarai nama peserta sekolah masing-masing berdasarkan 
            pendaftaran online.

6.2 PERTANDINGAN
6.2.1 Pertandingan
6.2.2     Penyampaian Hadiah
      6.2.3      Bersurai

7 PENDAFTARAN PESERTA

7.1 Setiap peserta yang didaftarkan hendaklah Warga Negara Malaysia dengan 4 peserta bagi setiap kategori (Sekolah Rendah)
7.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
7.3 Borang Pendaftaran. Tarikh 23 Januari 2018.
7.3 Sebarang PERTANYAN sila hubungi;
a. En.Varatharajoo   (PTPS) (016 5619165)
b. En.  Saiful Azhar bin Shaari (016 4606740)
c. En. Mohd. Mustafa bin Hj Ahmad Razali (012 5946962)

8.0 PENETAPAN PUNGUTAN MATA BAGI BERPASUKAN

8.1 Daripada 4 peserta yang berlari, prestasi / pencapaian terbaik 3 orang peserta yang       
   menamatkan larian akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan. (Sekolah
   Rendah)
 8.2 Pasukan yang mendapat agreget terendah akan diisytiharkan sebagai pemenang.
 8.3 Jika berlaku seri penamat yang keempat bagi (Sek. Rendah).

9.0 PENENTUAN JUARA KESELURUHAN

9.1 Juara keseluruhan merentas desa adalah berdasarkan kepada jumlah agreget yang terendah dikumpulkan daripada dua kategori (Sekolah Rendah).
9.2 Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat bilangan Johan berpasukan yang terbanyak akan 
      dikira sebagai pemenang.
9.3 Jika berlaku seri juga, tempat kedua dan berikutnya akan diambil kira sebagai pemenang.

10.0 HADIAH – HADIAH
10.1    Bagi acara Individu
10.1.1 Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke sepuluh bagi setiap
            kategori.
10.2    Bagi acara berpasukan
a. Kategori L 12 : Johan, Naib Johan, dan Ketiga,
b. Kategori P 12 : Johan, Naib Johan, dan Ketiga,
10.3 Piala kejohanan akan diberikan kepada kontinjen yang menjadi Johan Keseluruhan

11 NOMBOR PESERTA

11.1 Setiap peserta hendaklah memakai nombor pengenalan mengikut ketetapan sekolah masing-
        masing dibahagian hadapan dan belakang badan dan hendaklah disematkan pin pada   
        keempat-empat sudut kain dan ukuran nombor tinggi 12cm lebar 1.5 cm.
11.2 Penetapan nombor adalah seperti berikut:
               Kategori Warna Catatan
a. L 12 thn Oren ( Tulisan hitam ) Kategori 12 thn olahraga daerah
b. P 12 thn Hijau ( Tulisan hitam ) Kategori 12 thn olahraga daerah

12.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA

12.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung
12.2 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti  disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing

13.0 MEMANASKAN BADAN
       Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan
14.0 PAKAIAN

14.1 Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan kemas serta berkasut sewaktu mengambil bahagian 
        dan pada majlis penyampaian hadiah
14.2 Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok mata

15.0 BANTAHAN
      Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOAM, kecuali perkara berikut :
       15.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta yang tidak
dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta
tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan perkara
tersebut akan dikemukakan kepada MSS Perak kelak.
       15.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan
              dengan serta merta dan tidak lewat daripada
      15.2.1 Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan
      15.2.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang pertaruhan      sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus sahaja)
16.0 HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
16.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan,tetapi 
        Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Merentas   
        Desa MSSD kinta Selatan, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku
        pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.
16.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam
        Undang-Undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-
        Peraturan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa MSSPk. Termasuk TIDAK
        MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan ini.

17.0 Yuran Pendaftaran
17.1 Sekolah Rendah RM30.00 setiap kategori
17.2 Yuran mestilah di bayar kepada pihak penganjur sebelum atau semasa kejohanan.
       Bayaran dibuat  Ke  SK Sentosa, 
       Tunai atau bayaran cek atas nama:
        GURU BESAR SK SENTOSA
   

18.0 HAL – HAL LAIN
18.1 Tepat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu  yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.
18.2 Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.
18.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang kecederaan lain berlaku:
        18.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke tempat pertandingan
        18.3.2 Semasa kejohanan dijalankan
        18.3.3 Di dalam dan di luar kawasan pertandingan
        18.3.4 Di tempat-tempat kejohanan
        18.3.5 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil  langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.
19.0   Nombor Peserta. Rujuk lampiran 1
20.0   Peta trek merentas desa. Rujuk lampiran 2



###############################################################

No comments:

Post a Comment